Search

Latest Posts

punca jeragat

Punca Jeragat | Hilangkan Jeragat dengan rawatan di GLOJAS

Memahami Punca Jeragat: Penyebab dan Cara Pencegahan

Jeragat adalah sejenis hiperpigmentasi kulit yang biasanya muncul sebagai tompok coklat atau kelabu pada kulit, terutama pada wajah. Jeragat boleh menjadi masalah kosmetik yang mengganggu bagi ramai orang dan sering kali di salah ertikan sebagai masalah kulit biasa. 

Alamat :

Glomac Galeria Hartamas, B-G, 05, Jalan 26a/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon :
Laman Social :

Apa itu Jeragat?

Jeragat atau dikenali dalam perubatan sebagai melasma, adalah keadaan di mana bintik-bintik pigmen yang gelap muncul pada kulit. Ini paling sering terjadi pada wajah, tetapi juga boleh muncul di bahagian badan lain yang terdedah kepada sinar matahari seperti leher dan lengan. Jeragat umumnya lebih biasa di kalangan wanita daripada lelaki dan sering dikaitkan dengan perubahan hormon.

punca jeragat

Punca Jeragat

Terdapat banyak punca berlakunya jeragat yang perlu anda tahu sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai. Antara faktornya adalah :

    1. Faktor Genetik:
      Kecenderungan untuk mendapat jeragat sering kali diwarisi dalam keluarga. Jika ibu bapa atau saudara kandung anda mempunyai jeragat, anda mungkin berisiko lebih tinggi untuk ada masalah jeragat.

    2. Perubahan Hormon:
      Jeragat sering dikaitkan dengan perubahan hormon, terutama pada wanita. Kehamilan, penggunaan pil perancang antaranya yang boleh menyebabkan perubahan pigmen pada kulit.

    3. Pendedahan kepada Sinar UV:
      Sinar ultraviolet (UV) dari matahari boleh meningkatkan pengeluaran melanin, yang boleh menyebabkan jeragat. Pendedahan berlebihan kepada matahari adalah faktor risiko utama bagi banyak masalah kulit, termasuk jeragat.

    4. Produk Penjagaan Kulit:
      Penggunaan kosmetik tertentu atau produk penjagaan kulit yang tidak terkawal boleh menyebabkan pengeluaran melanin yang berlebihan, yang seterusnya menyebabkan pembentukan jeragat.

Antara Rawatan untuk Menghilangkan Jeragat di Glojas.

  1. Carbon Laser Peel
  2. Advanced Anti-Aging Treat
  3. Chemical Skin Peel
  4. Fractional CO2 Laser
  5. Glutathione Plus
  6. SMART™ LED Light
  7. SMART™ Skin Booster
  8. SMART™ Nutritional
  9. SMART™ Jet Peel
  10. AKINICARE™
  11. Q-Switch Nd (YAG Laser)​
  12. SMART™ Vampire Facial
  13. SMART™ Skin
  14. SMART™ Microdermabrasion

Pakar Pembedahan Plastik di GLOJAS

Your Trusted Board Certified Plastic Surgeon Specialist

rawatan sedut lemak

Jeragat boleh menjadi masalah kulit yang serius, tetapi dengan penjagaan yang tepat dan pencegahan, anda boleh mengurangkan penampilannya. Memahami punca jeragat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk melindungi kulit anda dari faktor risiko adalah kunci untuk menjaga kulit yang sihat dan tanpa tompok. Jika anda mengalami jeragat yang tidak bertambah baik dengan rawatan di rumah, pertimbangkan untuk berjumpa dengan pakar dermatologi untuk nasihat profesional.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Reddit
WhatsApp

Table of Contents

GLOJAS VIDEOS

Let us call you!

Where Are We Located?

Call Us